Semalam, pagi-pagi lagi dah ke Mahkamah. Urusan kerja. Ada kes pasal SOCSO. So awal-awal pagi bangun dan bersiap. Dalam perjalanan saya terfikir jugak, takut mahkamah yang saya nak pergi tu tersalah mahkamah. So saya call sana sini untuk confirmkan tempat tu. Call lawyer lah, call our legal deprtment bagai. Bukan ape, takut tersalah pulak. Lagipun, saya kena ada sana @ 9.30am.
Bila dah sampai sana, bangunan tu nampak baru lagi maybe sebab dicat baru atau ape, ntahlah. Yang pasti saya terus cari tempa parking dulu. Nampak banyak big car kat situ. Semua orang yang keluar dari kereta, pakai very smart long sleeve dengan berkot. Yang perempuan pun sama. So I believe orang-orang tu semua adalah lawyer :-).
Saya pun keluar dari kereta dan beranikan diri untuk bertanya one of them, adalah mahkamah ini betul untuk kes company saya. Haha.. Alhamdulillah, tepat sekali. So sekarang kenalah tunggu lawyer sampai. Saya terus ke masuk ke dalam mahkamah. Tanya kat kaunter pertanyaan, saya perlu ke tingkat 2 untuk mahkamah 1. Alrite, jalan saja!
Dipendekkan cerita, selepas tamat segala saya menuju ke office. Time tu memang panas terik @ 12.00noon macam tu. Aduiii, saya tak breakfast or even minum air pun.. so tekak terasa dahaga sangat tapi itulah malas pulak nak stop by kat mana-mana kedai. Saya terus balik ke office. Badan terasa panas semacam.
Sampai kat office, terus cari cold water dan minum sebanyak yang boleh. Rasa lega!
Petang tu badan mula rasa sakit.. terasa tulang-tulang saya sakit. Apsal lak ni??
5.30pm, saya terus cabut balik rumah sebab badan mula rasa lemah semacam.. dan panas. Agaknya nak demam ke ni? Janganlah demam wahai badan,. esok saya ada report nak kena buat, very important! So saya gi beli air badak 3 botol. balik rumah makan, telan panadol sebiji dan minum air badak sebotol terus cuba lelapkan mata.
Today.. badan rasa sihat sejahtera.. Alhamdulillah.. here I am.. menaip catatan kehidupan semalam :-)